Monday, 27 February 2017

MENU ' SEDAPP' OF THE DAY : NASI WOWKAWKAW


NASI WOWKAWKAW by Plonxbox
Hi uolss !

Menu apa uolss lunch hari ni ? Hahh meh sni nak habaq sat dekat uolss , menu lunch vee hari ini ialah the ' NASI WOWKAWKAW !! Alhamdulillah , kenyang sesangat2 nye lah bila menikmati nasi wowkawkaw ni . Hahh uolss mesti terpikat dengan packaging nasi wowkawkaw nie kan ? sangat2 vintage hokay ? class gitu noq hehe Okayy meh sni vee nak share menu apa yang vee order untuk lunch hari ni okay ?


Nasi kambing bakar by Plonxbox

Hah tudia ! Hari ni vee cuba nasi kambing bakar by Plonxbox ! Sangat2 sedap hokay ? Daging kambing yang dibakar sehingga lembut ditambah pula dengan kuah yang sangat2 pekat beserta dengan sambal cili yang umphhhh buat vee betul-betul jatuh cinta dengan nasi kambing bakar by Plonxbox ni . Seriously , uolss harus cuba menu ni . Highly recommended ! Actualy , bukan setakat nasi kambing bakar je menu , byak lagi menu yang uolss boleh cuba . Bagi yang tak brape suka dgn kambing , uolss boleh cuba menu2 yang lain .

Menu  Plonxbox

Diorang pun ada buat delivery sekitar selangor/lembah klang jugak taw ? Bagi spesis manusia yang malas mcm vee haha boleh whatsapp no yang diorang bagi okay ? Jangan terkejut pulak bila harga yang uolss bayor berlainan sebab dorang ada caj untuk delivery ya ? Tapi kalau rasa nya sangat2 sedap , berbaloi lah if uolss order kan ? Lupa nak bagitahu , selain dari nasi kambing bakar , vee jugak ada order air 'chanom' red tea & pulut mangga taw ? Both sangat2 sedap jugak , air chanom red tea yang sangat sedap manis semua cukup ditambah pula dengan pulut mangga yang juga sedap , mmg sgt2 puas hati okay ?

Chanom red tea & pulut mangga


So apa uolss tunggu lagi ? P pakar ramai2 cuba menu by #wowkawkaw okay ? Gerenti puas hati !
Bye !





ORANG KETIGA ?



                                    

Hi !

Selalu dengar pasal orang ketiga kan ? Siapa yang ada dalam situasi mcm ni ? Jangan tipu lah eh ? Mesti ada yang pernah alami kan ? Salah siapa sebenarnya ni ? Dalam kehidupan seharian kita , tak sah kalau kita diduga dalam byak bentuk & keadaan kan ? dan salah satu dugaan ialah dalam perhubungan . Banyak dah kes sekarang ni yang kita dengar perampas , curang , penipuan dalam perhubungan & macam2 lagi lah kan ? Perempuan ke yang salah ? Lelaki ke yang salah ? Kes perceraian dalam rumah tangga jugak kebanyakan nye adalah disebabkan oleh orang ketiga , bukan semua tapi kebanyakannya lah . Jadi apa sebab sebenarnya terjadi situasi orang ketiga ni ? 

Penyebab timbulnya orang ketiga :

  • Kongkongan dari pasangan 
Mungkin pasangan anda berasa rimas apabila anda terlalu mengongkong dalam segala segi hal . Mungkin mereka berasa tidak perlu untuk mengongkong secara berlebihan sehingga menyebabkan mereka berasa benci dan tidak mahu diganggu

  • Pengaruh laman sosial
Zaman sekarang kan byak betul aplikasi yang membolehkan kita berhubungan dengan orang lain tanpa bertemu contohnya FACEBOOK , INSTAGRAM , WHATSAPP , WECHAT dan sbgainya jadi perngaruh laman sosial ini juga menjadi penyumbang utama munculnya orang ketiga . Kadang-kadang kita tanpa sengaja cuba mendekati seseorang yang kita belum pasti asal usulnya melalui laman sosial

  • Jarak jauh
Setengah pasangan mungkin mereka jarang bertemu , kadang2 seminggu sekali ada tu smpai sebulan sekali jadi kita tidak tahu apa pasangan kita buat apabila kita tidak bersama . Bagi pasangan suami isteri pula , hal2 begini selalu terjadi bila pasangan anda ' outstation' atau bekerja jauh . Salah satu sebab mngkin pasangan anda terlalu bosan atau kurang perhatian boleh jadi juga timbulnya hal orang ketiga ni . Wallahualam

  • Sifat kesetiaan tiada dalam diri
Kita sebagai manusia mungkin tidak terlepas dari segala godaan yang kita tak mampu halang tapi kita boleh cegah semua itu jika kita berfikir secara rasional . Jngan jadikan alasan balas dendam jika pasangan kita pernah buat kita terluka suatu masa dahulu , bukan dengan cara itu juga penyebab kita tidak setia dgn pasangan . Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita , tak mustahil orang ketiga tidak akan wujud dalam hubungan kita

  • Tidak mendekatkan diri dengan Tuhan
Sebagai hamba NYA yang hina , kita seharusnya dekatkan diri dengan Tuhan dan blajar membaiki kesalahan yang pernah kita lakukan . Banyak kan amal ibadah dan mohon dijauhkan dari sifat hasutan syaitan In sha Allah semuanya akan elok-elok sahaja .




Pokoknya , kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja sama ada lelaki atau perempuan . Kita yang mencorakan diri kita sama ada ke arah kebaikan atau keburukan . Jika kita jujur , ikhlas dalam perhubungan In sha Allah segalanya akan dipermudahkan amin ❤


Thursday, 23 February 2017

HELLO 2K17 !



Assalammualaikum,

Dimulakan dengan Bismillah , diharapkan segalanya akan disimpan disini In Sha Allah
Permulaan yang baik , disertakan dengan niat yang betul
Semoga segalanya berjalan lancar Amin Ya Rabbal Alamin

Its start now ! Hello February 2017 , im the newbie blogger !
Thank You

By umi vee with love :)